Monday, 17 November 2014

Makanan Tradisional Kenegerian

MAKANAN TRADISIONAL TERENGGANU
Bahan-Bahan Untuk Membuat Nasi Dagang

3 Cawan Beras Siam
1 Cawan Beras Pulut
2 Cawan Santan Cair
2 Cawan Santan Pekat
4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
1 Inci Halia(dihiris halus)
Sedikit Alba
Garam Secukup Rasa

Bahan-Bahan Untuk Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu

1 Ekor Ikan Tongkol(dikukus)
1 Mangkuk Santan
2 Sudu Besar Rempah
10 Ulas Bawang Merah}
1 Ulas Bawang Putih }
½ Inci Halia } Dikisar
½ Inci Lengkuas }
3 Keping Asam
5 Sudu Besar Cili Giling
Sedikit Cili Padi
Garam,Perasa Ajinomoto dan Manisan(Gula Melaka) Secukup Rasa

Cara-cara Membuat Nasi Dagang:

Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.Angkat dan masukkan santan pekat,alba,bawang merah,halia dan garam secukup rasa.Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata.Nasi Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan.

Cara-cara Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu:

Kacau santan hingga mendidih.Kemudian masukkan cili giling,bahan-bahan yang dikisar,rempah dan asam keping.Kemudian,masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi.Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.Kemudian,masukkan garam,perasa Ajinomoto dan manisan secukup rasa.Biarkan kuah itu menjadi agak pekat.Kemudian,kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu



Makanan Tradisi Di Sabah

  1. Hinava

Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah, dan boleh dikatakan sebagai merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun. Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam. Isi ikan tersebut tak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi). Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini. Hinava biasanya hidangan istimewa semasa Pesta Kaamatan. Selain itu ia juga boleh menjadi hidangan istimewa pada majlis-majlis penting lain seperti bagi perkahwinan, pertunangan, dan dll.

Cara-cara Membuat Hinava:

Hanya 30 minit saja untuk membuatnya. Selamat Mencuba.

Photo0363.jpg

Bahan-bahan yang diperlukan:
  1. Isi ikan yang telah diasingkan daripada tulang (ikan tenggiri atau ikan yu)
  2. Bawang merah dan halia (agak2 la berapa banyak bergantung dengan kuantiti isi ikan)
  3. Limau kapas (bukan limau kasturi@nipis… boleh juga tapi tak umph lah rasanya)
  4. Sayur peria ( bergantung pada minat orang… tak letak  pun takpe)
  5. Lada Besar (Penghias Hidangan… nampak menarik dan buka selera)
  6. Garam, gula secukup rasa

Cara-cara Buat:

2012-04-15 13.18.32.jpg

  • Siang ikan dan hiris isi ikan dengan ketebalan sederhana
  • Masukkan isi ikan, bawang, halia dalam satu tempat
  • Perah limau kapas keatas campuran tadi ( agak-agak berapa banyak limau perlu berdasarkan kuantiti isi ikan)
  • Biarkan seketika dalam 8-10 minit
  • Masukkan sayur peria yang dihiris halus
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Tambah lagi keceriaan sajian dengan lada besar
  • Nak lagi sedap masukkan dalam peti sejuk. Biar sejuk sikit2… tak sejuk pun takpe.

2012-04-15 12.27.50.jpg

2012-04-15 12.32.31.jpg

Yummy3 Selamat Mencuba....

Makanan Tradisional Di Johor

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera !

“ pantun “

Hari ini, entah mengapa, diri asyik terkenang-kenang akan kampung halaman,
Kadang-kadang mungkin teringat akan ahlinya, kadang-kadang mungkin teringat akan suasananya, tetapi mugkin juga kerana makanannya,

Aha!

Bercakap soal makanan, tiba-tiba hari ini terasa nak share tentang satu menu makanan Johor yang paaaaling famous, iaitu nasi ambeng.

Sebelum tu, saya nak berkongsi serba sedikit dahulu fakta tentang nasi ambeng ni, *bukan sejarah je yang ada fakta tau :p*

Nasi ambeng ini, berasal dari suku kaum Jawa yang terdapat di johor. Nasi ambeng ini adalah menu tradisional Jawa yang asasnya adalah nasi putih, tetapi bercampur dengan beberapa jenis lauk antaranya sambal goreng jawa, ikan masin, serunding dan lauk berkuah ayam atau pun daging.

Sebagai permulaan bagi menu ini, saya ingin berkongsi dahulu tentang cara pembuatan Sambal goreng Jawa di mana merupakan salah satu lauk yang penting untuk naikkan kelazatan dan umph! nasi ambeng ini.

oh ye, satu lagi, Sambal goreng bagi masyarakat jawa ni sebenarnya bukanlah dihidangkan ikut suka hati, sambal goreng ini lazimnya ditemui setiap kali masyarakat Jawa mengadakan majlis Yasinan, kenduri tahlil ( dimakan dengan nasi ambeng ), hari raya dan majlis cukur jambul. Boleh dikatakan ia antara hidangan ekslusif dan kita ( orang-orang Jawa ) hanya akan dapat merasa sambal goreng pada waktu-waktu yang dinyatakan. hehe


Okay, jom! Kita tengok bagaimana cara-cara nak buat lauk Sambal goreng jawa ini :

Bahan-bahan kisar Sambal Goreng Jawa :
(Hidangan untuk 4-5 orang makan)

Bawang merah- 10 biji
Bawang Putih- 5 biji
Ikan Bilis setengah cawan ( direndam dahulu )
Cili padi/ cili kering 15 tangkai ( ikut kesesuaian )
Serai 1/2 inci
lengkuas 1/2 inci

Bahan-bahan Untuk Dihiris/ Potong :

Kentang sederhana besar 5 biji ( hiris sederhana tebal dan kecil )
Tauhu basah 3 keping ( Potong bentuk rectangle )
Tempe 5 keping ( dihiris nipis dan kecil )
Fucuk ( tauhu kering ) 3 keping ( digunting bentuk segi dan direndam )
Soo Hoon sebungkus kecil ( digunting dan direndam )
Ikan Bilis sederhana besar ( digoreng sehingga kekuningan )
Bawang Besar  2 biji ( di hiris )

Bahan-Bahan lain :

Kicap lemak manis
Santan pekat 1 1/2 cawan
Asam jawa 1/4 cawan
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak Sambal Goreng Jawa Sebenar

1. Goreng terlebih dahulu kentang yang sudah dipotong nipis dan disejatkan airnya. Diikuti
   goreng tempe, tauhu basah dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sehingga naik
   bau. Masukkan juga bawang besar yang sudah di hiris.
3. Masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng dan dipotong tadi secara sedikit demi
   sedikit. Kacau sekali lagi.
4. Masukkan pula fucuk dan soo hoon yang sudah direndam.
5. Masukkan kicap, asam jawa dan diikuti santan pekat. Letakkan garam, gula dan serbuk
   perasa mengikut kesesuaian.
6. Kacau sekali lagi sehingga kering dan sedia untuk dihidang.


Sambal goreng Jawa ni boleh dikatakan resepi original sambal goreng. Sebabnya kalau ikutkan, sambal goreng ini dimakan dengan nasi ambeng dan ia tidak perlu tambahan seperti udang, hati atau pedal ayam. Selain itu, resepi ini juga tidak perlu masukkan kacang buncis atau kacang panjang, carrot atau cili merah dan cili hijau, tapi kalau rasa nak ikut selera sendiri tu boleh la tukar dengan jenis lauk pauk yang lain.



Sesiapa yang bakal jadi menantu orang Jawa atau dah selamat menjadi menantu selamat mencuba resepi sambal goreng jawa yang sebenar..:) hehe pesanan ikhlas dari penaja. >.<







Share cara buat

"Ikan patin masak tempoyak"

Sediakan bahan-bahannya.........
·         Seekor ikan patin sederhana besar(di siang setebal 1 ½)
·         Bunga kantan 2 batang (1 batang rm2)..mahalkan..so beli sikit jealaa
·         cili api (ikut tekak masing2 klau kuat pedas letak la 20 biji tapi kalau saya tahan 10 biji jea)
·         kunyit hidup dan lengkuas ½ enci jea
·         daum kesum (secekak)
asam keping 2 dan paling penting tempoyaklaaa

First step

cili padi ,kunyit hidup perlu tumbuk @ kisar sampai lumat pastu masukkan tempoyak.
Selepas bahan jadi lumat……….
tumbuk lengkuas tapi jangan bagi hancur just leper jea.

Second step..

Sediakan periuk kemudian masukkan isi ikan yang sudah dibersihkan,seterusnya letakkan air untuk di jadikan kuah serta letakkan bahan yang di kisar ..

last step..

Masukkan bunga kantan yang dikerat 2 untuk menaikkan aroma serta daun kesum sebagai pembangkit selera..

settel..So  boley makan..

​Nie gambar mengikut step
​    


























​Senangkan? So apa lagi,jom cuba sama2..xjadi xtahu..tapi insya Allah menjadi..

                                    


No comments:

Post a Comment